Thursday, 30 May 2013

Eat clean dan bagaimana saya bermula

Alhamdulillah, masa saya start nak turunkan berat badan, Alllah pertemukan saya dengan few bodybuilder dari US dalam instagram. Diaorang nie memang ada buat online coaching utk weight loss program. Jadi saya cuba korek rahsia nak kurus dari diaorang. Syukur sangat walaupun kita tak kenal each other, tapi diaorang tak sombong dan jawab soalan saya. Kebanyakkan yang saya tanya tue cakap weight training dan juga eat clean.

Saya ingat lagi masa tue September tahun lepas, saya tekad untuk kuruskan badan dan saya tak nak guna produk. Jadi bila diaorang cakap tentang eat clean tu, saya terus google dan research tentang eat clean. One of the coach tu nama bradley, nak tahu apa dia cakap kat saya?  "you can sleep in the gym, but if your diet is not clean, you're wasting your time". Mak aii..

Eat clean tu apa? Eat clean ialah you stop makan gula, white flour, processed food,  hydrogenated ataupun makanan dalam tin/botol, deep fried food. Pastu pening kepala, apa benda yang boleh makankan? Hahah..

Sebenarnya the idea of eat clean nie ialah kita makan banyak buah, sayur, kita makan real food. So benda-benda yang white flour tue kita tukar kepada whole wheat flour. Cuba perhatikan diet kita seharian, nie saya cerita dari pengalaman saya sendirilah, breakfast apa yang kita makan? Berapa banyak hidangan sayur ataupun buah yang kita makan?  Tea time kita makan apa? Dalam sehari tue berapa kali minum minuman manis?

Pernah tak kita terfikir yang makanan yang kita makan seharian tue sebenarnya ada yang tidak memberikan apa-apa nutrient pun kat badan kita. Sebab itulah, saya buat keputusan untuk ubah cara pemakanan saya, sebab for me untuk mengubah sesuatu, kita sendiri yang harus berubah dan setiap perubahan tue perlukan masa untuk kita menerimanya..insyaallah next entry saya akan ceritakan bagaimana saya ubah pemakanan saya..

2 comments:

  1. Assalamualaikum kak. Saya pun miliki masalah berat badan. Dan saya ada cedera di kaki jadi utk cpt sihat doktor cdgnkan saya utk kuruskan badan. Mmg byk yg saya google tp xda satu pun yg boleh pakai.
    Boleh akak shared dgn saya dari zero to hero?
    Ni email saya katsurarina@gmail.com
    Masturina syahidah binti othman
    Saya harap akak sudi cerita dan shared.
    Assalamuakaikum

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak. Saya pun miliki masalah berat badan. Dan saya ada cedera di kaki jadi utk cpt sihat doktor cdgnkan saya utk kuruskan badan. Mmg byk yg saya google tp xda satu pun yg boleh pakai.
    Boleh akak shared dgn saya dari zero to hero?
    Ni email saya katsurarina@gmail.com
    Masturina syahidah binti othman
    Saya harap akak sudi cerita dan shared.
    Assalamuakaikum

    ReplyDelete