Monday, 24 June 2013

Resepi: Baked potato and egg muffins

Ini resepi untuk breakfast. kalau nak buat banyak, limitkan telur kuning dan lebihkan telur putih.


Bahan-bahan:-

2 biji telur
50g ubi kentang (rebus dan hancurkan)
Cottage cheese, cayenne, cili merah, daun bawang untuk hiasan


Cara-caranya:-

Campurkan ubi kentang dan juga telur. pukul sehingga sebati dan bakar dalam suhu 180c selama 15min. sebelum bakar tu, tabur cili merah dan daun bawang untuk hiasan. saya letak cottage cheese dan cayenne sebelum makan. muffin telur ni tak letak pewarna tau, telur kuning yg menyebabkan warnanya cantik. 


Wednesday, 19 June 2013

Protein oatmeal cookies

Saya memang suka buat snack guna oat dan whey sebab mudah dan low kalorie. Kalau yang nie, one piece cookies tu dalam 80kcal jer.


Bahan-bahan:-

Sebiji telur
1/2 tbsp flaxseed
1/4 cawan whey protein (saya guna mocha)
1/2 cawan rolled oat
1/2 tbsp soda bikarbonat
1/2 cawan Kismis
1/2 biji epal yang masak, saya guna fuji.


Cara-caranya:-

Blend kesemua bahan-bahan kecuali rolled oat dan kismis. Bila dah sebati, masukkan rolled oat dan kismis. Rolled oat dan kismis tu kita tak blend sekali sbb tak nak bagi hancur. Bentukkan bulat2 dan bakar selama 15 min, suhu 180c. Biskut nie tahan 2-3 hari jer.


posted from Bloggeroid

Saturday, 15 June 2013

XL in the house yooo!

Semalam saya jumpa att setelah 3 minggu lebih tak jumpa dia. Saja je jumpa, nak belajar exercise baru dan nak g melawat gym baru. Masa sampai tu, att dah terkejut sebab saya pakai baju nie, saiz XL. Saya jenis pear shape, mmg cepat shred upper body, tapi lower part mmg susah. Masa mula2 beli tshirt ni, mmg dah boleh pakai tapi bila tang perut tu mmg fail. Huhuh. So bila skrg dah boleh masuk, att memang hepi giler..


So hari tu training dengan adi dan zira. Alhamdulillah, diaorg cakap form saya dah banyak improve, especially lunges dan squat. Paling att terkejut bila tengok saya boleh buat T push up, full ek bukan modified. Saya memang banyak push diri saya sejak saya fully exercise kat rumah. For me, selagi saya tak push, sampai bila pun saya memang takkan dapat buat full form.


Kadang2 tu rasa tak percaya dengan diri sendiri. Dulu pakai 4XL, sekarang dah jadi XL. Kini yang tinggal XL -> L -> M -> S! Insyaallah, doakan saya yer. Perjalanan saya masih jauh lagi. Tapi saya akan teruskan melangkah sampai saya dapat capai apa yang saya nak. Seumur hidup saya, saya tak pernah pakai t shirt saiz S. Saya nak sangat pakai saiz S, saya nak tahu macam mana rasanya. Alang-alang menyeluk pekasam, biar ke sampai lengan. Tapi hari nie, izinkan saya celebrate saiz XL dulu..yeay!






posted from Bloggeroid

Friday, 14 June 2013

You must change first before change something!

No doubt, Cabaran yang paling susah untuk menurunkan berat badan nie ialah ubah cara pemakanan dan lifestyle kita. Ada orang tanya saya perlu ke kita ubah? Saya jawab balik, sanggup ke nak berubah? If sanggup, saya boleh bagi tips macm mana saya buat mula-mula dulu..

Tapi saya cakap terus terang, saya ambil masa 3 bulan untuk tukar cara pemakanan saya, tukar mind setting dan paling penting, sekarang nie saya dah tak rasa nak makan benda tue semua. Bukan tak nak makan tapi memang dah tak boleh makan. Kena terima hakikat yang badan saya nie gemuk bukan dalam masa 2 minggu, bertahun-tahun lamanya..jadi kalau nak kurus pun kena sabarlah..janganlah semuanya nak cepat jer.

Jadi mula2, ambil satu buku dan tulis pola pemakanan selama 2 minggu, kalau boleh catat sekali masa. Please, sila jujur dengan diri sendiri. Kalau tea time tu makan karipap 6 biji, tulis je 6 biji. Kalau breakfast makan nasi lemak dengan telor mata dan sambal kerang, sila tulis yer. Jangan nak ngelat! Pastu tulis water intake juga.

Selepas 2 minggu, study balik pola pemakanan tu, kira berapa banyak kalori intake hari-hari, tengok water intake berapa liter sehari, berapa kali makan fast food, berapa bnyk hidangan buah/sayur yang awak makan.

Lepas tulis tu semua, first kita akan notice yang kalori intake kita memang banyak melebihi keperluan seharian, pastu takde exercise bermakna takde kalori keluar, apa yg kita makan hari-hari ialah processed food, sugar dan kurang makan buah dan sayur. nampak tak betapa tidak sihatnya pemakanan kita selama nie?

that's why saya cakap, kena ubah diri sendiri sebelum kita ubah something. macam mana nak buat, follow tips saya yg saya share dalam entry sebelum nie. next entry saya akan ceritakan macam mana nak kira kalori.





posted from Bloggeroid

Wednesday, 12 June 2013

Resepi: Mini pumpkin pancake

Pancake labu nie memang favourite sayalah. Kalau ada labu kat rumah, mesti buat pancake. Cara nak buat pun mudah je.

Bahan-bahan:-

1/4 biji labu (rebus sampai lembut)
Sebiji telur
3 sudu tepung oat ataupun oat segera
1 sudu peanut butter

Cara-cara nak memasaknya:-

Blend labu, telur, oat dan juga peanut butter. Letak sedikit air sekiranya adunan tu keras, tapi jangan lembik sangat. Kita nak adunan tu macam adunan pancake. Bila dah blend, masak atas non stick pan. Satu adunan nie boleh dapat dalam 4-5 mini pancake. Hidang dan makan panas-panas :-)


posted from Bloggeroid

Sunday, 9 June 2013

Resepi: healthy Shepherd Pie

Hari nie nak share resepi shepherd pie atau pun pie ubi kentang. Resepi nie saya dah modified sebab nak jimat kalori..hahah..


Bahan-bahan untuk inti:-

50 gram daging kisar
3 ulas bawang putih (tumbuk)
2 biji tomato (blend)
2 sudu tomato puree
1 batang zuccini yang kecik, diparut kasar (timun jepun)
1/2 batang lobak merah (parut kasar)
1/2 batang sederi

Cara memasaknya:-

Saya guna olive oil satu sudu, tumis bawang putih sampai agak layu. Masukkan daging kisar, tomato blend, tomato puree, air. Kemudian perisakan daging tersebut dengan serbuk lada hitam, italian herbs, cayenne dan juga garam. Bila daging macam nak masak, masukkan sayur-sayuran yang kita dah parut tadi. masak sampai jadi pekat and agak kering. Ketepikan..Letak inti dalam bekas aluminium foil cam yg saya guna tu pun ok.

Untuk mashed potato, saya guna 70g ubi kentang. Masak ubi kentang sehingga lembik, kemudian hancurkan. Saya blend dgn sebiji telur sbb tak nak guna cheese.

Ok, so letak mashed potato dan bakar dlm oven atau microwave untuk keringkan kentang. (Biasanya dlm 10-15 minit je). Sedap dimakan panas2. Ini post workout saya, so saya guna ubi yang besar sikit. Kalau nak letak cheese kat atas tu pun ok je,takde masalah..


posted from Bloggeroid

Saturday, 8 June 2013

Selamat keluar dari comfort zone!

Dalam hidup nie, bila kita buat benda baik, org akan kutuk juga. Apatah lagi kalau kita buat benda jahat, lagilah orang cakap-cakapkan!!


Ada kawan mengadu kat saya, orang dok sibuk-sibuk tanya dia, kenapa exercise kat gym, kenapa tak exercise kat rumah je. Kawan saya tue ada anak kecik, susah nak exercise kat rumah sebab tue dia ambil inisiatif untuk pergi gym, tinggalkan anak dengan hubby. Ada juga kawan yang memang tak boleh pergi gym, tapi sanggup exercise kat rumah. Pokok pangkalnya, tak kisahlah exercise kat mana2; asalkan exercise. Saya salute dengan mom yang ada anak, tapi make effort untuk exercise. Anak bukanlah alasan bagi diaorang. Macam saya pulak, orang tanya sampai bila nak exercise kat rumah dan gym? Sampai bila nak stay dalam saya punya comfort zone? Saya just gelak kuat-kuat je..


Pada saya, matlamat kita sekarang nie untuk turunkan berat dan jugak fat. So tak kisahlah kat mana pun awak semua nak exercise, asalkan matlamat kita tu tercapai. Cuma satu je, biarlah orang nak cakap apa-apa pun,yang penting kita tahu apa yang kita buat. Maca saya pulak, sekarang nie, saya pun dah stop pergi gym sebab ada masalah sikit tapi saya tetap exercise, saya akan make sure 1 jam yang saya peruntukkan tu berbaloi.


Sebenarnya kat gym ke, kat rumah ke, sama je. Asalkan kita dah melangkah keluar dari comfort zone kita yang lama, iaitu TIDAK EXERCISE! Saya cakap kat kawan saya, orang yang tanya macam-macam tu, apa yang diaorang buat untuk jaga kesihatan diaorang? Kalau diaorang tak buat apa-apa, duduk situ diam-diam, jangan kacau kita!

posted from Bloggeroid

Friday, 7 June 2013

Cheat meal: My first ice cream this year

Friday is my rest day, so biasanya saya akan buat cheat meal. hari nie teman adik interview kat banting, pastu jalan-jalan pergi klcc. So adik belanja makan aiskrim sebab teman dia tadi..tq dik..3 scoop aiskrim share 2 org, tapi dia yang habiskan sebab saya tak boleh makan banyak sangat, manislah..

Al-kisah tentang cheat meal nie, depends pada awak nak makan apa. Tapi make sure yg betul-betul hardcore punya. Macam saya, saya tak ambik makanan manis sebab perut saya akan meragam 3 hari. Jadi biasanya saya makan pizza, kuih melayu ataupun roti/bun. Tapi janganlah hari-hari cheat, kalau macam tu, tak dapek den nak tolong.

Cheat meal nie membantu untuk percepatkan fat loss. Bila kita ubah cara pemakanan dan cut calorie intake, badan kita tahu tau. So kita buat cheat meal nie untuk cheat badan kita. Nanti sy akan citer details tentang cheat meal dalam entry yang lain..


New Zealand Natural tapi manisnya
posted from Bloggeroid

Thursday, 6 June 2013

Nak kurus? Mulakan dengan 10 langkah ini sekarang!

Hari nie kemas bilik dan saya terjumpa catatan nie yang saya buat masa saya start nak turunkan berat dulu. Saya dapat nie hasil pembacaan saya dari internet. One more thing, 10 langkah nie bukanlah drastik saya buat,saya ambil masa 3 bulan untuk completekan semua steps nie. Pada saya, slow takper asalkan kita nak berubah.

1. Elakkan/hentikan fast food

Saya rasa memang semua dah tahu yang fast food memang tak bagus untuk kesihatan kita. Selain daripada tinggi kalori, fast food banyak MSG, trans fat dan chemical dalam perasa dia tue. Ada orang cakap dengan saya yang diaorg still makan fast food tapi in control portion. Heck, no way. Takde maknanya control portion. Tahu tak yang satu hidangan bigmac sekali dengan air dan fries boleh mencecah sehingga 1000kcal per servings? Makan mcd je 1000kcal, berapa banyak kalori yang kita makan hari-harikan! No wonder la aku tak kurus.. Tapi macam saya cakaplah, saya pun ambil masa untuk buat benda nie. So apa yang saya buat, set goal untuk kurangkan fast food nie seminggu sekali, pastu sebulan sekali..and then sampai sekarang pun dah tak makan mcd..maybe one day saya akan buat cheat meal mcd kot, dah lama tak makan mcd!

2. Gantikan minuman manis, soda, karbonat dengan air putih

Saya tahu ada orang memang ketagih minum nescafe, teh tarik, horlicks, milo, air berkarbonat ataupun soda. Minuman nie semua sebenarnya tak bagus untuk kesihatan sebab banyak gula dan bahan kimia. Ada kajian yang cakap boleh menyebabkan diabetes dan jugak cancer. Jadi start dari hari nie, kurangkanlah minum air yang manis dan bergas nie. Ada jugak orang minum teh tarik kurang manis, but for me minuman nie hanya akan menyebabkan kita lagi ketagih gula. Cubalah berhenti slow2, if nak minum pun, try teh o kurang gula, satu sudu gula baru 20kcal, not a big deal. Tapi saya memang dah tak minum gula langsung. Oh ya, saya minum jus buah, cumanya saya tak letak gula. Pastu saya start minum green tea sebab green tea nie ada antioksida dan juga one of fat burner agent.  Paling penting, minum air 8 gelas sehari untuk buang toksin dari badan, tapi saya minum 3-4 liter sehari. Saya memang minum air banyak.

3. Jadi seorang yang aktif

Tak kisahlah main dengan anak-anak kat taman ke, main badminton ke, jalan kaki, naik basikal ke, futsal, apa saja asalkan buat aktiviti fizikal yang awak enjoy 3 kali seminggu..kalau badan berat macam saya, saya tak advise untuk jogging..saya dulu start jalan kaki je 1km, pastu tambah km, janji berpeluh..kalau kita tak pernah exercise, start dengan light exercise je dulu. Ramai orang cepat give up nak exercise sebab diaorg nie tak pernah exercise pastu tiba-tiba nak pergi lari 5km. Memang takde org buat la kan..so dari 3 kali seminggu tu, tambah jadi 5 kali seminggu, senangkan?

4. Start makan sayur

Saya tahu ada orang memang tak makan sayur. Even saya pun still lagi paksa diri makan terung. Saya agak bernasib baik sebab mama saya memang selalu masak sayur, so takde masalah untuk makan sayur. Sayur-sayuran nie bagus sebab ada vitamin dan nutrients. Lagi satu, bila kita makan banyak sayur, boleh membuatkan kita rasa kenyang. Kalau tak percaya, cuba makan 2 cawan kobis celur dengan nasi, mesti rasa kenyang sangat. Kalau nak lagi best, buat smoothie..biasanya saya makan sayur 4-5 hidangan satu hari. So sayur tu boleh buat snack ataupun makan macam tu jer. Contoh snack yang saya makan ialah batang saderi dan peanut butter.

5. Jadilah seorang yang bertanggungjawab

Bila kita dah start control kesihatan dan pemakanan kita, kita kena jadi seorang yang bertanggungjawab. Macam saya dulu pun start dengan kira kalori, pastu key in dalam myfitnesspal apa yang kita makan hari-hari. Memanglah bunyi macam leceh tapi kita nak turun beratkan. So kena belajarlah macam mana nak kira portion dsbnya. 

6. Kurangkan makanan yang dibuat tepung putih (white stuff)

Kurangkan ataupun elak terus dari memakan makanan yang dibuat dari tepung putih, macam roti putih, gula, pasta. Makanan yang dibuat dari tepung putih ataupun refined carbs hanya akan menyebabkan insulin spike, sebab tu bila kita makan donut, kita akan rasa macam nak makan jer. Sama jugak macam kita makan kuih muih. Nasihat saya cuba gantikan makanan nie semua dengan tepung wholemeal ataupun wholegrain. 

7. Baca label nutrisi

Yang nie paling senang saya rasa sebab semua orang boleh baca label. First thing yang saya tengok ialah per servingnya berapa kalori. Pastu tengok sugar level dan juga sodium. Just be careful dengan makanan yang dilabelkan dengan "fat free atau low fat food". Saya tak beli atau minum produk yang low fat nie sebab kandungan gula yang tinggi. Yup, cuba check label makanan atau minuman yang fat free, mesti akan terkejut besar bila tengok sugar levelnya. Check juga kandungan trans fat ataupun nama lainnya hydrogenated oils, pemanis tiruan macam sucralose dan aspartame, high fructose corn syrup yang biasanya ada dalam makanan dalam tin.

8. Selalu buat research

Saya bermula dengan zero knowledge, jadi apa yang saya buat, banyakkan buat research dan baca blog kesihatan. Saya sendiri pun banyak baca website dan juga journal, different personal trainer, different approach dia. Jadi cari apa yang sesuai untuk awak. Contoh website yang saya boleh recommend, kevinzahri.com, zakikhan, fit ninja chick warriors, sparkpeople, bodybuilding dan banyak lagi.

9. Makan buah untuk menggantikan gula

Bila kita cuba nak stop makanan manis, mesti kita akan rasa cravings nak makan. So apa yang saya buat ialah makan buah. Tak kisahla buah epal, limau, anggur atau apa-apa je buah, so bila awak tengok donut ke apa, daripada beli dan makan donut tu, baiklah makan buah. Selain dari banyak vitamins dan nutrients, buah nie memang ada gula semulajadi.  Lagipun kalori buah tak tinggi, so daripada makan karipap 3 biji (390kcal) sebagai minum petang, baik makan buah epal (100kcal je), bukan saja sihat malah mengenyangkan.

10. Minda yang terbuka

Pada saya, weight loss nie banyak kepada mental war, bukan physical war. So bila saya cakap mental tu, faham-faham je la yer..bila badan kita besar, kita selalu rasa susah bila nak buat aktiviti ataupun exercise. Hari-hari kena cakap kat diri yang kita boleh buat! Jadi seorang yang positif. Kena cuba buat exercise walaupun susah, saya sendiri pun bermula macam tu jugak. Ingat senang ke buat exercise nie? Saya pernah nangis masa buat exercise. Tapi percayalah, lama-lama awak pun akan expert juga. Nasihat saya sentiasa cuba exercise yang baru so that kita tak boring buat benda yang sama. Sama juga dengan makanan, sentiasa cuba yang baru. Makanan yang sihat nie tak semestinya makan salad je. Banyak lagi makanan yang kita boleh explore.

Lagi satu, macam saya cakap sebelum ini, jangan tergesa-gesa nak ubah semua sebab setiap perubahan tue memerlukan masa. Kita nak turun berat dengan cara sihat, biar lambat asalkan selamat. Tapi kita kena ambil first step dan bermula, kalau tak sampai bila-bila pun kita akan macam nie juga. Good Luck!

Saturday, 1 June 2013

June, please be nice to me..

Dah 1 jun, sekejap je masa berlalukan..Azam untuk bulan jun nie, next month nak pakai L shirt, drop size seluar dan hopefully dapat kerja..bila kita ada gol, kita senang nak fokus tapi set gol yang realistiklah..jangan cakap nak turun 40kg dalam masa sebulan..hahaha...if tak realistik, kita pun malas nak working on it. Let's see how it goes.. Saya dah lama tak makan laksa, hari nie mama masak laksa, bolehlah buat cheat meal tapi macam biasa, laksa sikit..sayur yang sepah-sepah :-)

Thursday, 30 May 2013

Eat clean dan bagaimana saya bermula

Alhamdulillah, masa saya start nak turunkan berat badan, Alllah pertemukan saya dengan few bodybuilder dari US dalam instagram. Diaorang nie memang ada buat online coaching utk weight loss program. Jadi saya cuba korek rahsia nak kurus dari diaorang. Syukur sangat walaupun kita tak kenal each other, tapi diaorang tak sombong dan jawab soalan saya. Kebanyakkan yang saya tanya tue cakap weight training dan juga eat clean.

Saya ingat lagi masa tue September tahun lepas, saya tekad untuk kuruskan badan dan saya tak nak guna produk. Jadi bila diaorang cakap tentang eat clean tu, saya terus google dan research tentang eat clean. One of the coach tu nama bradley, nak tahu apa dia cakap kat saya?  "you can sleep in the gym, but if your diet is not clean, you're wasting your time". Mak aii..

Eat clean tu apa? Eat clean ialah you stop makan gula, white flour, processed food,  hydrogenated ataupun makanan dalam tin/botol, deep fried food. Pastu pening kepala, apa benda yang boleh makankan? Hahah..

Sebenarnya the idea of eat clean nie ialah kita makan banyak buah, sayur, kita makan real food. So benda-benda yang white flour tue kita tukar kepada whole wheat flour. Cuba perhatikan diet kita seharian, nie saya cerita dari pengalaman saya sendirilah, breakfast apa yang kita makan? Berapa banyak hidangan sayur ataupun buah yang kita makan?  Tea time kita makan apa? Dalam sehari tue berapa kali minum minuman manis?

Pernah tak kita terfikir yang makanan yang kita makan seharian tue sebenarnya ada yang tidak memberikan apa-apa nutrient pun kat badan kita. Sebab itulah, saya buat keputusan untuk ubah cara pemakanan saya, sebab for me untuk mengubah sesuatu, kita sendiri yang harus berubah dan setiap perubahan tue perlukan masa untuk kita menerimanya..insyaallah next entry saya akan ceritakan bagaimana saya ubah pemakanan saya..

Wednesday, 29 May 2013

Resepi: Homemade Granola Bars (non-baked)


Hari nie nak share cara-cara untuk membuat Granola Bars. Saya memang dah stop makan cereals sebab tuelah buat sendiri jer. Sorry sangat sebab hari tu dah buat, tapi saya lupa nak ambil gambar. Saya lebih suka explain dengan gambar sebab granola bars nie remeh sikit nak membuatnya..kalau ada soalan, tanya ek...Selamat mencuba :)


Bahan-bahannya:-

2 cawan rolled oat
1/4 cawan sunflower seeds
2 sudu badam (cincang)
1 sudu kacang gajus (cincang)
2 sudu flaxseed
1/2 cawan air
1/4 cawan peanut butter (saya guna brand steffi, takde gula)
1/2 cawan madu asli (kalau nak manis, boleh tambah lagi sukatannya)
1 cawan buah-buahan - saya guna kismis, cranberries, apricot (cincang kasar)
secubit garam


Cara-cara membuatnya:-

Panaskan oven sehingga suhu 250c. Gaulkan oat, sunflower seeds, flaxseed, badam, gajus dan bakar dalam oven selama 10-12 minit. Keep on checking sebab takut bahan2 nie hangus. Bila dah siap bakar, masukkan grains ke dalam large bowl.


Panaskan air sehingga mendidih, kemudian masukkan peanut butter dan madu.



Kemudian masukkan buah-buahan kering dan secubit garam ke dalam adunan peanut butter tadi. Kacau sehingga sebati dan tuangkan ke atas grains yang kita dah bakar tadi.





      Pindahkan campuran grains tadi ke dalam 8x8 inch pan dan kemudian ratakan. Masukkan ke dalam peti sejuk dan bekukan selama 2 jam. 




      Bila dah beku, potong bentuk bars setebal 1 1/2 inch ataupun 1 1/4 inch.. Satu adunan nie boleh dapat dalam 30 bars. Saya simpan dalam peti ais, so boleh tahan sampai 2 minggu. Satu bar nie per serving dalam 130kcal. 




      Baiklah, untuk Granola in a jar nie, saya guna resepi yang sama, cuma lepas saya gaul kesemua grains dengan adunan peanut butter dan madu, saya bakar adunan nie selama 10 minit. Jadi, adunan nie akan jadi berketul-ketul macam Granola yang kita beli kat kedai tue. Nanti nak makan, just gunakan scoop whey untuk tahu berapa gram granola nie..saya advise makan dalam 50g je per serving..


      Monday, 27 May 2013

      Rest day.interview day...

      Hari nie ada interview, tapi macam tak berapa best jer..huhuh...nasib baik la rest day...so takdelah rasa stress sebab skip exercise.

      Nie latest picture saya, itu baju pinjam...adik saya punya. Banyak lagi nak kena turun nie, especially tang paha...sigh, susahnya nak turun berat kat pahakan, dahlah saya nie pear shape. Tapi oklah, dah banyak turun kalau nak compare dengan yang sebelum ini..

      Doakan saya dapat kerja ek kawan-kawan :((

      luper nak tutup pintu toilet..hahaha

      Thursday, 23 May 2013

      Kalori oh kalori..

      Kalori tu apa? Heheh..masa saya mula turunkan berat dulu, benda yang saya ambil masa untuk faham ialah kalori masuk dan kalori keluar..sifirnya mudah, kalau kalori masuk lebih dari kalori keluar, maka akan bertambahlah berat badan kita..dan begitu juga sebaliknya. So by now, saya harap semua dah kira kalori intake masing-masing. kalau belum, boleh rujuk gambar dan kira..

      Jadi macam mana nak tahu kalori yang kita ambil tu lebih ke tak? Kat sinilah kita kena menjadi seorang yang rajin serta berdisiplin, kena rekod apa yang kita makan dan minum. Bunyi macam leceh,tapi kalau nak kurus memang kena buat macam nie.

      Macam saya dulu, saya gunakan myfitnesspal application. Memang senang sebab kat dalam tu banyak data makanan Malaysia..lagi satu application nie ada scan barcode. Saya tak sure application lain ada ke tak, if ada boleh bagitau saya ek..

      Terus terang saya cakap, tahu tentang kalori saja tidak cukup untuk turunkan berat badan. Kita kena tahu macam mana nak applikasikan nilai kalori tu dalam diet kita seharian, kita juga kena tahu macam mana nak pilih makanan yang kalori rendah dan berkualiti tinggi, ataupun makanan yang kualiti rendah tapi kalorinya, ya ampun, tingginya.

      Oleh sebab itu, kalau orang tanya saya rahsia untuk turunkan berat badan, jawapan saya standard je..eat clean dan exercise..alamak, eat clean tu apa pulak ek?


      Monday, 20 May 2013

      Resepi: Cheesy italian grilled chicken

      Sebenarnya teringin nak makan chicken butter je sebab tu came up with this random recipe nie..tapi turun out sedap pulak..hahah..that's why la i suka masak healthy food nie.

      Baiklah, Ini resepinya:
      100g dada ayam (nak guna lebih pun boleh)
      2tbsp cajun seasoning, 1tbsp cayenne, black pepper, 1tbsp italian herbs, 2 ulas bawang putih (tumbuk) dan satu sudu sesame oil (untuk perap ayam)
      1/2 cup shredded mozarella

      Cara penyediaannya:-
      Ayam tu kita perap dengan bahan-bahan perapan..kemudian kita grilled ayam tu sampai masak, tapi jangan terlalu masak sangat. Bila ayam dah masak, taburkan mozarella kat atas ayam dan bakar sehingga cheese masak, maybe dlm 8-10minit..sebelum makan, tabur sedikit italian herbs atas ayam tue..

      Sunday, 19 May 2013

      Yeay, dah pass first level!

      Hari nie buat workout versi warriors dan alhamdulillah, berjaya buat 150reps workout dalam masa 30min..yang paling penting dah berjaya buat burpees versi advanced..Burpees adalah first exercise yang saya belajar masa mula-mula pergi gym dulu.

      Burpees tue full body workout dan ada gabungan few exercises macam push up, squat thrust dan tuck jump..tapi tuck jump dan push up belum mahir lagilah.. Insyaallah, soon mahir la tue ek..

      Hari nie tak bawak bekal pergi gym sebab rushing dan terpaksa keluar awal. So beli je la apa yang dijual kat restoran kat bawah tue. Saya memang makan nasi hari-hari, kadang2 tue dua kali sehari..depends pada activity level saya.

      Sebenarnya makan healthy food nie tak semestinya makan salad hari-hari. Apa yang penting ialah makanan tu dimasak dengan cara yang sihat. Selalu jugak orang complaint dengan saya bagitau yang susah nak cari makanan area office. Kalau rasa susah sangat, maybe boleh bawa bekal dari rumah. If ada choice kat area office tue, beli je lah kan.. Takde masalah pun.

      Contoh macam saya, hari nie makan ikan tongkol masak singgang, sup sayur dan juga ulam..nasi jangan lupa yer..alhamdulillah...selamat menjamu selera semua..



      Saturday, 18 May 2013

      Rindunya my 2nd home!

      Morning all..back to the gym after two weeks time...ye lah, balik kampung for election pastu pulak demam..i don't exercise masa demam sebab nak bagi badan recover betul tapi i tahu, as long as i eat healthy, nothing to worry about..

      Hari nie buat cardio and we did some training untuk shoulder..kebetulan pulak jumpa my susu sejat friend, Anip Sama..sempatlah tengok dia training guna kettlebell nie..i pun sempat training dengan my coach, for me kettlebell susah sikit nak master sebab you guna satu tangan je dan berat pun tertumpu kat situ je..tapi as long as your shoulder kuat, takde masalah..insyaallah kalau ada rezeki boleh belajar training dengan anip pulak.

      Nanti next entry, i story macam mana i start eat healthy..hope by now you guys dah faham macam mana nak kira kalorie..oklah..tido dulu...esok nak pergi gym lagi...night all..

      Thursday, 16 May 2013

      Resepi: Grilled Beef Patties

      Ini first masakan yang saya masak lepas mama belikan pemanggang ajaib iaitu grilled beef patties. 

      Bahan-bahannya:-

      100g daging cincang (mestilah, kalau takde daging, tak boleh buat nie..heheh)
      1/2 bawang besar (potong dadu)
      3 ulas bawang putih (tumbuk)
      sebiji telur
      2 sudu lada hitam
      sedikit jintan putih dan jintan manis
      Cayenne 
      2 sudu tepung wholemeal

      Cara penyediaannya:-

      Gaulkan kesemua bahan tu, bentukkan macam burger dan grill atas pemanggang..Selamat mencuba :)




      Wednesday, 15 May 2013

      Dream catch me when i fall!

      Mesti ramai yang tahu tentang kartun niekan? The Road Runner..heheh..tapi hari nie saya bukan nak cerita tentang kartun..saya nak jawab soalan yang selalu orang tanya saya, macam mana ek akak boleh kuat semangat?

      Sebenarnya saya bukanlah kuat semangat sangat pun, cumanya saya dah bersedia untuk berubah..saya dah buat keputusan untuk berubah, saya dah give up hidup sebagai seorang yang obese, dah penat bawak badan saya..inilah yang menyebabkan saya kuat semangat.

      Saya banyak muhasabah dan tanya diri sendiri..sebenarnya aku nak kurus nie untuk siapa? Adakah untuk diri sendiri, ataupun nak impress org lain..bukan apa, perjalanan nak kurus nie bukan senang, kita yang akan menempuhnya..jadi adakah diri kita bersedia? Kalau dah bersedia, tanya lagi kat diri sendiri, sanggup tak aku buat benda nie selama-lamanya.. Yer, tanya diri sanggup tak? Yang kita nak ubah ialah cara hidup dan cara pemakanan kita. Sanggup tak buat untuk selama-lamanya? Saya sanggup...cukuplah dengan apa saya telah lalui..saya dah cuba macam-macam produk tapi masih tidak berjaya. Masa sesi Jom Kurus tue pun saya ada beritahu Kevin.."Kevin, i dah try semua benda untuk turunkan berat badan kecuali proper diet dan exercise..please teach me how to lose weight properly!" Sampai satu tahap, saya rasa dah give up sangat dengan hidup tapi alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya.

      Masa buat keputusan nak berubah tu, takut juga kalau gagal. yerlah, first time nak turun berat tanpa bergantung kepada produk,biar betul aku nie, tapi orang cakap belum cuba belum tahukan? Lagipun, bila kita usaha sendiri, berjaya atau gagal kita yang akan tentukan. Saya percaya kalau kita semua berusaha dan kerja kuat, insyaallah Allah akan bagi kita reward.

      Satu lagi, amalkan tulis kata~kata semangat untuk motivate diri sendiri. Macam saya, memang impian saya sejak dari kecil lagi saya nak capai ideal weight...itu memang impian saya, bila saya patah semangat, saya akan ingat balik cita-cita dan impian saya tu..kadang-kadang tu sampai bergenang air mata. Saya sendiri tidak pernah menyangka perjalanan saya sudah sejauh ini.

      Untuk kawan2 semua, saya doakan anda semua jumpa satu sebab kenapa anda nak turunkan berat badan. Stick to that reasons sampai kita semua boleh capai ideal weight kita..baca kuat2, hafal dan semadikannya di dalam hati..insyaallah..kita semua boleh berjaya. Good Luck buat semua! Jom jadi aktif macam Road Runner! Run for your life...Ping ping...

      Run for your life. Ping Ping

      Chocolate mug cake with vanilla yogurt frosting

      Hari nie breakfast dengan mug cake lagi tapi kali ini saya buat chocolate mug cake..

      Resepi untuk mug cake:-
      4 sudu besar tepung oat (boleh gantikan dengan instant oat)
      1/2 scoop chocolate whey
      1/2 sudu teh baking powder
      1/2 sudu chocolate powder
      1 biji putih telur
      - campurkan kesemua bahan sehingga sebati dan bakar dalam microvawe selama 2-3 minit.

      Resepi untuk Vanilla yogurt:-
      1/2 cup natural yogurt
      1 sudu teh serbuk vanilla
      - masukkan serbuk vanilla ke dalam yogurt, kacau sehingga sebati dan sejukkan..sebelum makan, siram frosting atas mug cake tu..yummy..


      Monday, 13 May 2013

      Info Fit: How much is a pound of Fat?


      Harap-harap lepas nie dah takde orang tanya saya, boleh tak makan mcd untuk kurus? :p

      Sunday, 12 May 2013

      Resepi: Homemade almond milk

      Hi all..hari tu ada upload gambar almond mango smoothies, so ramai yang tanya saya mana saya beli almond milk tue..actually almond milk tu saya buat sendiri..mudah je nak buat..nie bahan-bahannya:-

      Segenggam kacang badam (almond) - direndam semalaman
      Satu sudu esen vanilla
      Air secukupnya - saya guna 1/2 liter
      Kurma (5-6 biji)

      Cara penyediaannya:-
      - Blend almond dengan air (oh yer, bila blend almond tu, memang airnya akan menjadi warna putih).
      - Blend sehingga hancur dan tapis air tersebut..actually badam tu bila kita blend akan ada serbuk tau..so serbuk tu kena tapislah..
      - bila dah siap tapis semua, blend sekali lagi almond milk tersebut dengan kurma dan esen vanila. Kemudian masaklah almond milk tersebut sehingga mendidih.
      - sejukkan dan boleh simpan dalam peti ais. Almond milk nie tahan 3-4 hari jer..selamat mencuba.


      Saturday, 11 May 2013

      Resepi: Peanut butter Granola

      Kalau ada yg follow saya kat instagram, mesti akan perasan satu perkara iaitu saya tak makan roti...yup, orang lain susah payah avoid nasi untuk kurus, tapi saya elak roti..nanti saya cerita kenapa saya tak makan roti untuk kurus.. Tapi hari nie nak share resepi peanut butter granola..

      Bahan2nya:-
      1 cup rolled oat
      2 sudu besar natural peanut butter
      2 sudu besar madu asli

      Cara penyediannya:-
      Panaskan madu dan peanut butter sehingga peanut butter cair. Lepas tu masukkan rolled oat dan kacau sehingga sebati. Kemudian bakar granola selama 10min dalam suhu 180c. Boleh makan untuk breakfast ataupun snack.


      peanut butter granola

      Thursday, 9 May 2013

      Resepi: Banana Raisins mug cake with chocolate frosting

      Sejak dua menjak ada pemanggang ajaib nie, selalu juga buat mug cake untuk breakfast..so hari nie buat mug cake pisang dengan kismis..nie resepinya..

      Bahan2:-

      A) Mug cake
      - 2 sudu tepung oat
      - 1/2 biji pisang (hancurkan)
      - 1/2 scoop whey perisa vanila
      - 1/2 sudu baking powder
      - 1 sudu kismis
      - 1 biji putih telur

      B) Chocolate frosting
      - 1 sudu kecil almond butter
      - 1/2 scoop chocolate whey
      Cara memasaknya:
      1. Campurkan bahan2 untuk mug cake dan gaul sehingga sebati, masukkan ke dalam acuan dan bakar sehingga masak. Kalau guna microvawe nie dlm 2-3 min jer..if bakar dlm pemanggang ajaib, kena keep on checking sebab takut hangus.
      2. Untuk frosting tue, campurkan choc whey dan almond butter, bancuh sehingga sebati dan sejukkan.
      3. Sebelum makan, siram je frosting tu kat atas cake. Yummy..


      Thursday, 2 May 2013

      Tolong..saya nak kurus!

      Sebenarnya selepas kisah saya keluar dalam 'Kisah Kejayaan Kevin Zahri', ramai yang pm kat facebook dan tanya bagaimana saya turunkan berat badan. Apa yang boleh saya katakan, tiada short cut untuk kurus, hanya hanya ubah cara pemakanan dan juga gaya hidup.

      Tapi sejujurnya saya akui yang semua nie bermula lepas saya beli ebook Kevin Zahri dan juga attend sesi jom kurus. lepas Jom Kurus, barulah tahu kalori tu apa, kalori keluar masuk, bagaimana kalori mempengaruhi berat badan kita dan banyak lagilah. Lagipun kevin banyak beri nasihat dan tunjuk ajar, paling penting macam mana nak sesuaikan pengambilan kalori dengan cara pemakanan kita, rakyat Malaysia.

      Sebelum join sesi Jom Kurus tue, saya dah start diet sendiri2 dan buat exercise jugaklah tapi tak sekerap sekarang. So lepas attend kelas tue, saya dah tahu berapa banyak kalori yang perlu saya makan dan bakar untuk membolehkan saya turun berat badan.. Kevin membuatkan saya rasa misi saya untuk mencapai ideal weight saya tidak MUSTAHIL..semuanya tentang kalori...

      So bila ada orang minta saya share petua kurus, saya tanya satu soalan jer, dah baca ebook Kevin? Kalau belum baca, susah saya nak terangkan..jadi if belum dapatkan ebook Kevin, boleh klik kat banner sebelah nie yer :-)

      Insyaallah, nanti next entry saya akan ceritakan bagaimana saya bermula..stay tuned...

      picture share dari instagram Kevin Zahri..

      Wednesday, 1 May 2013

      Resepi: Chicken meatball (healthy version)


      Bahan-bahan:-

      • 100gram isi ayam (direbus dan di siat isinya)
      • Setengah biji Lada Benggala (Bell pepper) - (dipotong dadu)
      • Satu biji buah tomato (dipotong dadu)
      • Satu biji telur
      • Satu sudu kecil Italian herbs
      • 2 sudu tepung gandum penuh 
      • Lada sulah secukup rasa 

      Cara memasaknya:-

      1. Campurkan isi ayam, bell pepper dan buah tomato
      2. Masukkan tepung gandum, lada sulah dan italian herbs 
      3. Gaul sehingga sebati dan pecahkan sebiji telur
      4. Apabila sudah sebati, bulatkan adunan menjadi bentuk bola (untuk adunan ini, boleh dapat 20 biji meatball)
      5. Panaskan non - stick pan dan letakkan sedikit minyak zaitun
      6. Letakkan chicken meatball atas pan dan goreng sehingga masak, tidak perlu terlalu lama sebab isi ayam tadi dah masak. 



      Tips:-
      - Letakkan sedikit garam sekiranya suka





      Resepi: Banana Raisin Oats Protein Bars


      Bahan-bahan:-


      • Satu cawan tepung oat (kalau takde tepung, boleh guna instant oat)
      • 1/2 cawan rolled oat
      • 4 biji pisang masak (dihancurkan)
      • 1/2 scoop whey protein
      • 1 kotak kismis California
      • 1 sudu kecil flaxseed


      Cara memasaknya:-

      1. Ramas pisang sehingga hancur
      2. Masukkan tepung oat, rolled oats, whey protein dan gaul sehingga sebati
      3. Kemudian masukkan kismis dan juga flaxseed
      4. Setelah adunan sebati, bentukkan adunan menjadi bentuk empat segi supaya senang hendak kita potong nanti
      5. Bakar adunan pada suhu 180 darjah untuk masa 15-20 minit
      6. Bila dah sejuk, potong adunan menjadi bentuk bar, bolehlah feel macam makan coklat Mars gitu..hehehe









      Let's fight obesity!


      1.5.2013...sedar tak sedar, dah hampir lima bulan sejak saya join gym awal bulan Januari hari tue. Sekejap je masa berlalukan..Alhamdulillah, saiz t shirt sudah semakin mengecil, seluar juga..apabila melihat diri sendiri di dalam cermin, sudah tiada lagi gadis gemuk yang bersaiz 4XL. Saya hanya nampak diri saya yang kini bersaiz Double XL, yang sedang berjuang untuk mencapai ideal weight..Alhamdulillah, syukur syukur ya Allah..setiap hari saya berdoa semoga Allah berikan kekuatan kepada saya untuk mengharungi dugaan dan cabaran hidup ini. 

      Saya hanyalah gadis biasa, yang ingin keluar dari kelompok morbid obese. Impian saya sejak dari dulu lagi ialah saya nak capai ideal weight saya. Saya nak jadi seorang yang fit dan sihat. Saya rasa sudah sampai masanya saya berjuang untuk diri sendiri, untuk masa depan saya, keluarga saya. Inilah keputusan yang telah saya ambil sejak lapan bulan yang lalu. Saya ubah cara hidup saya, cara pemakanan saya..insyaallah, saya akan kongsikan kesemuanya di dalam blog ini.

      Honestly, sebelum saya create blog nie, saya terfikir juga..bukan apa, takut org cakap saya nak menunjuk ke apa ke, tapi bila ramai yang minta saya proceed, saya teruskan juga..yang penting, Allah tahu niat saya. Niat saya hanya satu, saya nak bantu kawan2 yang morbid obese/obese/overweight untuk sama2 keluar dari kelompok obesity..marilah sama-sama kita ubah diri kita. Insyaallah kita semua boleh mengubahnya.

      Chaiyok chaiyok...


      Masa first day training, my trainer ajar i buat Burpees..perghh...